December 19, 2010

Berjuanglah

dunia ni kadang tidak adil
yang di atas semakin ke atas
yang di bawah semakin ke bawah


atau mungkin
usaha yang di bawah kurang dari usaha yang di atas
atau yang di atas tuahnya lebih dari yang di bawah


arghh!


usaha usaha usaha usaha!
lali didengar tapi kerap dilontar
usaha bagaimana lagi?
kan ini sudah takdir?
kan ini sudah tertulis?
selamanya yang di bawah terus begini
usaha sekuat tenaga
hasilnya masih begini


hey!


dengar ini


kembali pada Tuhan mu
memohon meminta
jangan sombong jangan bongkak
kamu mahu seperti di atas
banting tulang pagi ke malam
belum tentu berhasil
andai tiang mu tak cukup 5
andai tikar mu tiada
kembali pada Maha Pencipta
Dia itu bukan zalim
Dia itu bukan kejam


tapi kau yang bongkak
tidak mahu sujud di saat senang
ditimpa malang juga musibah
mula menyalahkan takdir


takdir itu ada yang mampu kita ubah
bukan semua tertulis begitu


bangun dan terus berjuang
jangan putus asa
dan ingat


Tuhan mu itu pendengar terbaik!

mengingatkan aku kamu dia dan mereka
kita kita semua
=)


www.tips-fb.com

No comments: