aku seret kaki bersarung sepatu biru
pun dengan niat untuk bersama dirimu
di pagar karat itu kau menunggu
diam tersenyum sipu malukan aku
bersama saja kita lalu ditepi tiang lampu
melihat lalu lalang sambil menjeling padu
berderau saja rasa apabila menatap mu
kau jelita sempurna dengan senyum begitu.
malam ini
aku seret kaki bersarung sepatu lama
mungkin niat untuk kita berjumpa sama
pun begitu mustahil berlaku itu semua
kerna realiti di depan mata ku kau tiada
sendirian berjalan ditepi tiang lampu senja
tiada bayang yang lalu dengan ku bersama
sunyi saja rasa apabila kau ada di sana
hanya lukisan senyum mu yang aku ada.
terhenti langkah aku di situ ~
4 comments:
hati mahu mendekat
minda kata menjauh
tak tak.
batin memang dekat,
cuma zahir tak dapat bertemu.
:)
amir farid, dah lama aku tak benci kau. sekarang, aku benci kau weyh! kejam!
*aku tahu kau faham, kan? please lah faham. errr.
hahahaa. thanks benci aku. aku lagi benci kau kot ! hahaha. :p
Post a Comment