December 17, 2010

Apa Rasa : P l o t


Permulaan
kau kuak pintu lama itu
dan di situ, tepat di situ
anganku terus saja meluru
membuka ruang-ruang baru
untuk ku isi semua tentang mu

Perkembangan
seakan bermula pucuk cerita
kita semakin berdua bersama
malu ditahan semakin ternyata
bait-bait semua dongeng meraba
seakan kita berada di dalam cerita

Konflik
mungkin mustahil di sini kita dipisah
kerna hati mencari dalam setiap sejarah
sudut kecil cela mula timbul memecah
persis jambatan besi gantung yang goyah
mencabar rasa yang boleh membelah

Kemuncak
dapat kita tepis semua batu penguji
kerna rasa bersama yang mahu dimiliki
kata cinta timbul nun bersama kita berdiri
kata rindu timbul nun berjauh kita sendiri
dan awan indah seperti memagar pintu hati

Penamat
di bahagian ini tidak mungkin kita bercerita
hanya ia kan tertulis dengan mahu berdua
bila sanggup kita mengganti kenangan pasti
yang terukir mati di dalam hati kita sendiri
menjadi penghalang untuk penamat ini.
























terus kita mengukir di kemuncak.

www.tips-fb.com

No comments: