December 04, 2010

Bangkit, Gerak, dan Maju

Kadang-kala jatuhnya aku kerana ditolak,
Tetapi tak mengapa.

Bukankah Tuhan itu Maha Berkuasa Maha Mengetahui,
Jadi aku senyumkan segala hikmah yang tersembunyi.

Bukankah daya yang tersisa masih mampu mendorongku untuk bangkit,
Jadi aku tak perlu pilih 'menjerit'.

Walau aku hanya bisa merangkak,
Aku merangkak,
Walau perlahan rentak.

Yang penting,
Sentiasa maju,
Sungguh mungkin tak jadi pendahulu.

...dan Tuhan,
Kau ampunilah segala dosa kecil besarku,
Teguhkan kepercayaanku,
Tetapkan imanku,
Aku tak mahu hilang arah jadi keliru.

13 Ogos 2010. www.tips-fb.com

No comments: