December 04, 2010

Nafas Bercerita Tentang Senjanya

lentera jauh berkelana
kembara sedalam sengsara
hujan rimbun menujah luka
membasuh petang bumi bernoda

nafas
mula berceloteh
tentang keindahan pelangi lalu
terkesima selembar syahdu
merisik angin halus
menggeletar jemari kaku

semusim lampau
ribuan sepekan
teguh berdiri lazuardi biru
garau kian memudar lesu
sebelum ia bertukar bisu
dalam episod senja pedih
berdoa para Malaikat
jua isi alam
moga barakah keabadian

-puisiwatan- www.tips-fb.com

6 comments:

esumi-lynn said...

sepekan dan lazuardi tu apa?

Teratak Seni said...

sepekan? = seminggu
lazuardi? = permata

esumi-lynn said...

ouh, terima kasih. ilmu baru. :)

Teratak Seni said...

ya..mudah-mudahan sastera terus subur :)

Siti Zafira said...

Selesa benar membaca rasa tulus di atas. Menghadirkan pencerahan minda.

Teratak Seni said...

makanya tak perlu lagi makan kismis untuk mencerahkan minda hehe