December 16, 2010

untuk kita-kita :)

assalamualaikum

kita mungkin bukan siapa-siapa
kita mungkin bukan penulis yang tengah kejar dateline
kita mungkin bukan mereka yang ada nama di kulit-kulit buku

pedulikan!
sebab sejuta stanza selamba kan untuk kita-kita sahaja,
peduli apa orang nak kata kalau kita dah ada fan page sendiri!
hehe.
Iya adik beradik SSS sekalian,kita sudah punya FAN PAGE sendiri!
cakap banyak pun apa barang,kalau korang tak teringin nak like rumah sendiri ye dak?


:p

Rajin-rajinkanlah anda menunaikan kewajipan dengan meng'like',meng'promote',meng'komen'
dan bertegur sapa sesama sendiri serta tauke ini laman ye.
ingat senang ke nak buat page ni?!!

Terima kasih juga buat para follower's semua dan penulis-penulis di SSS.
Walaupun tiadalah kami selaku tauke nak bagi gaji atau elaun,tetapi mereka tetap bekerja keras menulis merangka kata-kata dari hati yang nurani serta murni sambil mempamerkan sengih kerang terbaik mereka serta...
serta kami pasti mereka akan like page ini sebentar lagi hehe.
TERIMA KASIH KALIAN TERIMA KASIH

secebis picisan terbiar dari si puitis yang liar
2:08 AM 

www.tips-fb.com

5 comments:

Solider Sastera said...

whoapp tauke...sayur sekilo..hehe

Zo Ahmad said...

pergh! pergh! pergh! pergh! pergh! pergh!!

Yellow LEOpard said...

wahh..da ade fanpage sendrik..bagus2

Zo Ahmad said...

sebenarnya xbleh bla dengan statement "tauke sss yang segan dan pemalu" :P
hahaha tauke mana fb taukeh!

Zafira said...

Maaf, terlewat mengirim kata.

Tahniah kepada tuan tanah atau SSS, terutama. (*__o)b

Selainnya, hanya sekadar mahu mengucapkan maju jaya kepada pengkarya semuanya.

Sukseslah apa yang dicita dan luhurlah semantik akan apa yang dibicara.

InshaAllah bersambut Amin..

:)