November 09, 2010

Hebat

Terdiam aku terpaku
melihat kau gelak ketawa gembira
apa kau tidak sedar kepentingannya
menuntut ilmu itu amat penting

apa aku juga tidak perasan
aku juga turut gelak tertawa bersama engkau
tidak menghiraukan apa kata orang disekeliling
melakukan apa sahaja mengikut kehendak diri sendiri

ah!
apa aku kisah
aku punya hidup aku sendiri
aku ada keghairahan aku sendiri yang perlu aku penuhi
aku ada keinginan dan masa untuk diri aku sendiri

Apa?
kau mahu memaki aku, makilah!
kau mahu mencaci aku, cacilah!
kau mahu mengata aku, mengatalah!

apa kau tidak sedar
setiap kali kau lakukan perkara seperti itu
dalam tidak kau sedari kau jadikan aku lebih hebat
kau telah membuat aku sering dijadikan buah mulut orang

kau telah buat orang sentiasa ingat kepadaku
tak kisah lah baik atau jahat
tapi orang akan ingat aku sebagai seseorang
yang sering diperkatakan orang seperti kau

hahaha
ketawa aku melihat kau
kehulu hilir mencanang nama aku
apa kau masih tidak puas
apa kau tunggu, aku melutut di depan kau?

apa saja kau canangkan itu
tidak ubah seperti bunyi lalat yang menghurung lalat di tepi longgokan sampah
aku tidak ambil kisah apa kau canang
kerna aku tahu aku adalah aku

aku yang hebat dengan cara aku sendiri
ya, Aku Hebat! = ) www.tips-fb.com