Minda;
Masih belum mampu berfikir di luar kotak.
Hati;
Masih menyimpan dendam pada manusia yang tidak pernah berdosa pada mereka.
Masa;
Sentiasa mencemburui kita. Celaka.
Azam;
Seperti biasa, setiap tahun, perkara sama,
ubah minda, rawat hati,
Dan terus menyalahkan masa kerana mencemburui kita.
Celaka.
Bila aku tersenyum,
Aku tahu ia kerana kamu,
Bila hati melihat,
Aku tahu ia melihat kamu,
Bila hati berbicara,
Aku tahu ia perihal kamu,
Bila hati mendengar sesuatu,
Aku tahu itu suara kamu,
Dan bila aku tahu itu kamu,
Aku tersenyum sendirian,
Kerana aku tahu,
Kamu ada di sana untuk aku.
ok,
bayangkan aku macam sebuah pagar rumah. yang ada dua side. yang kau
perlu buka untuk masuk. tapi jangan bayangkan aku pagar automatik.
bayangkan aku sebuah pagar manual. yang kau perlu tutup secara manual,
kunci secara manual.
dan
bayangkan diri kau seorang anak kecil yang ibu kau larang dari keluar
rumah tanpa dia. kerana apa ibu kau larang? kerana di luar banyak anjing
liar. ibu risau anjing akan fikir kau sebagai makanan. jadi ibu larang
kau keluar dari rumah.
dan
bayangkan kau sangat-sangat ingin keluar. sangat-sangat nak main dekat
playground yang betul-betul depan rumah. bayangkan aku pagar yang sangat
patuh arahan tuan aku, ibu kau. aku larang kau keluar. aku keraskan
diri aku. aku tak bagi kau keluar. tolong faham.
dan
bayangkan kau berkali-kali, berhari-hari memaksa aku untuk buka diri
aku bagi meloloskan diri kau. tapi kuat mana pun kau goncang aku, kuat
mana pun kau tendang aku, aku tetap tak akan terbuka.
dan
bayangkan suatu hari, kau paksa aku untuk buka diri aku. so kau boleh
keluar. bayangkan, untuk sekian lama aku tahan diri aku dari sepak
terajang kau, untuk membolehkan kau keluar, tapi kali ini aku rasa aku
dah tak boleh tahan.
menjadi inspirasi anak yang berjiwa besar dalam diri sendiri.
mama,
jika sepanjang hidup mu membesarkan kami kau kerap dicaci
dewasa ini, aku bangkit memberi sedikit puji.
mama,
jikalau kau mahu tahu
sepanjang kedewasaan ini juga, aku tak pernah salahkan kamu mahupun masa lalu.
jiwa aku takkan sebesar ini jika hidup selalu dipuji
aku takkan mampu berdikari jika selalu dimanjai.
mama,
jikalau ahli firasat mampu membaca hati ini
engkaulah ahli firasat itu.
jikalau sang pencinta itu memberi cinta setulus hati
engkaulah sang pencinta itu.
mama,
jika aku disamping mu, jarang aku kucup pipi mu
di kejauhan seperti ini saat-saat jiwa sedang kejatuhan, terasa benar ingin dipelukkan mu.
mama,
di saat ini, di ulang tahun kelahiran kamu
aku cuma mahu kamu tahu, jikalau ALLAH beri MUHAMMAD sebagai rahmat teragung
maka, kamu juga teragung dalam diri dan hati aku.
aku mungkin anak mu yang tidak punya apa-apa, cuma mampu menulis puisi selamat ulangtahun kelahiran mama....
SELAMAT HARI JADI MAMA......
p/s:
"jika Santa itu benar-benar wujud, ingin sekali aku pinjam tunggangannya dan membawa mama bersiar di angkasa raya....kalau mampu, sehingga LANGIT KE TUJUH, pasti."
ternyata karma bernyawa
ternyata realiti menyakiti
di sana yang terang ;
di sini gelap bayang
namun ku beri senyuman
senyuman untuk merelakan.
kebahagian
kekecewaan
perjanjian
pemergian
sebuah kisah permulaan.
"Lalu birawan itu tertunduk lemah, yang mengalir tentang air matanya adalah kesepian dan rasa hampa, hatinya kosong dipenuhi cinta dahulunya yang merapuh sehingga mereputkan; perlahan dia kembali mencari pada pangkal Tuhannya."
di tebing bulan
di kasih lautan
bertiang langit sedih
bertapak tanah jerih
aku melontar batu
memoir terdahulu
bertitis derita
berlaku paksa
yang dalamnya
terdiam meronta
mahu di dengar
apa yang di dasar
kerana bergolak
dan ia menolak
bersama dulu kita
bersama kita cinta
kini aku berdiri
menambah sunyi.
Have you ever wondered what it feels like waiting for someone, your heart skipped a beat each time you watched a stranger walked through the same door you entered, the very first time we met back then? Your smell, your steps, and your smile, everything was magical. I miss our small talk, how the scent of the coffee lingered when we laughed. I miss you my beautiful fair lady, and I am dead sure you miss me too.
Di lorong-lorong yang seantaranya deretan bazar menjual pakaian dan kasut tiruan, tiga empat dan lapan sembilan peniaga malam menghidangkan pelanggan lalu lalang akan botol-botol kecil minyak yang diekstrak dari merah merinding tanah kuburan.
Botol-botol tersorok sedikit. Di tengah-tengah. Agar tak gelincir ke bawah.
Pelanggan tak pernah diberitahu. Peniaga tak pernah memberitahu.
Tak perlukan Morse code mengetuk meja menggunakan jari telunjuk dan hantu sebanyak lima kali diikuti jeda dan selanjutnya dua kali lagi.
Sekadar mendekatkan mulut diri kepada telinga peniaga.
Lalu menggetar pita suara bergayakan serak-serak bisik.
Dan apabila kau rasa kau tidak ingin membuat sebarang keputusan, Dan berserah sahaja menanti apa yang tertulis untuk kau, Perasan tak yang kau sedang membuat keputusan?
Sayang,
Lihat lah aku disini,
Dengar lah suara aku ini,
Menyatakan rasa cinta ini pada mu,
Mungkin terselindung perucapanku,
Tentang perasaan ku ini,
Aku ini ada rasa sayang pada mu,
Kamu pura-pura tidak tahu,
Atau mungkin kamu tunggu aku ucapkan,
"Awak, saya sayang awak,
Mahu tak bercinta dengan saya?"
Dan jika Ya jawapanmu,
Aku, kamu, Bahgia.
Sayang, Lihat lah aku disini, Dengar lah suara aku ini, Menyatakan rasa cinta ini pada mu, Mungkin terselindung perucapanku, Tentang perasaan ku ini, Aku ini ada rasa sayang pada mu, Kamu pura-pura tidak tahu, Atau mungkin kamu tunggu aku ucapkan, "Awak, saya sayang awak, Mahu tak bercinta dengan saya?" Dan jika Ya jawapanmu, Aku, kamu, Bahgia.
jodoh pertemuan
dalam dimensi revolusi
aku panggil kekasih
dalam demontrasi
kekasih , sebagai hadiah perkasihan
aku turutkan kata rosly dhoby
"saya tak gentar saya tak takut mati"
meraung tangsian zaaba
dalam temasya mandi sungai kling.
puisi meronta mengasak peluru
binatang tunggangan chairil
menggelupur beribu tahun
setiap bait tulisan batu
aku tinggalkan nota tsar
sebagai ulang tahun kebangkitan
supaya maharaja puyi tidak gementar
152 kantung watikah
wuchang punya belati tajam
intektual inggeris dalam kenang
bahasa selerak berguguran
gelora mencengkam
revolusi makin rapat
pulang pasti bocor darah
Jika
sebuah penantian
buat
jiwaku berdarah,
lalu
nanti;
sekelumit cahaya
itu hilang,
maka
aku akan mati.
Debu-debu
ikut menempel
dan cakerawala
akan sirna bintangnya.
Gambar. Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa. Ada benarnya kata-kata ini. Cuba teka dari mana aku dapat ayat "Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa" ni. Ahh... Dah dua jam. Lambat sangat teka. Jawapannya dari senaskah komik kelakar, 'Utopia High' keluaran Gempak Starz. Siapa kata komik tiada nilai estetika yang tinggi. Hanya dengan sebaris ayat itulah membuat aku tertarik. Buat aku tergamam. Indah sangat.
Ya. Gambar sememangnya sebuah medium untuk kita merasa kembali apa itu keindahan, kebahagiaan, keceriaan, malahan ada gambar juga yang mengisyaratkan ketakutan, kesedihan ataupun tanda tanya.
Sekeping gambar mampu menjana seribu penceritaan. Tatkala kita memilih untuk mengimbau kembali sesebuah kenangan, gambarlah perantara pertama menjadi pilihan.
**********
"Takde hadiah lainlah yang saya boleh bagi. Maaf, cuma ini sahaja." Ujar si gadis sambil menghulurkan sebuah kotak yang sudah dibalut kemas dengan kertas pembalut hadiah berwarna coklat kemerahan. Cantik balutannya.
"Terima kasih, awak." Aku menerimanya sambil menguntumkan senyuman yang tercipta secara automatik. Sungguh seumur hidup teramat jarang aku menerima hadiah apatah lagi pemberian. Kalau dikalungkan pingat gangsa dalam acara merentas desa masa tingkatan lima tu adalah.
"Selamat Hari Lahir, Sayang," sambung si gadis lagi. Begitu lancar sebutannya.
"Terima kasih. Terima kasih." Aku tak henti-henti menguntum senyuman. Biarlah senyuman ini tidaklah mampu menawan mana-mana gadis, namun senyuman itu aku ukirkan khas untuk si gadis yang dah menawan hati ini. Kawan-kawan lain yang turut meraikan sekadar ketawa menyakat.
**********
Sehingga hari ini, pemberian itu masih berdiri tegak di meja dalam bilik tidur aku. Sekeping gambar yang siap dibingkaikan dengan bingkai yang cukup cantik. Ada manik sederhana kecil yang bertakhta menghiasi bingkai hitam disekeliling gambar.
Gambarnya, si gadis memberi senyuman, duduk di kerusi taman rekreasi di samping aku. Ya, aku ada sekali dalam gambar tersebut. Kami berdua di mana gambar tersebut ditangkap oleh kawan kami, Nurul Ain. Aku ingatkan sekadar saja-saja, tak tahu pula gambar tersebut mahu dibingkaikan.
Sungguh, aku sendiri tak terlepas dari menjadi pengimbau memori melalui sekeping gambar. Rindu? Bohong kalau aku kata tidak.
The day
she laid her eyes on his was the kick start for her doomsday. She could never
of such angelic posture especially those quiet eyes would eventually destroy
her trust and hopes. To her, those quiet eyes were sad and sorrowful that
rendered her to care.
When
she met that man, he seemed to be Mr. Nice Guy. He handed over his hand with
such a warm smile carved on his face. For a stranger who was so gentle like
him, it was insolent for her to not shake his hand, she thought. She let this
stranger to come into her life and be a part of it with never considering that
this man might just want to have fun.
The
days she spent with this man was full of magic, she said. She never felt this
happy to ride a Mary-Go-Round. She never felt this full to eat beef burger and
potato fries. She never felt this satisfied to solve a Sudoku puzzle. It was
like magic. Once she thought if this man was a wizard. Another Harry Potter, perhaps.
But he was not. He was just an ordinary man, with ordinary height, ordinary
broad shoulders, ordinary hair but extraordinary eyes. As if those eyes were
hallows.
Then
the days turned to months then turned to a year.
This
man thought she was a puppet. A Barbie he could toy with. It was a fool of her
to surrender everything she had – body, mind and soul, to him. When she always
convinced herself that this man is the man, she forgot who she really was. Who
does she think she was? To predict the future like she had a clue. God doesn’t
disclose His plans that easy, you know.
The man
then changed his personality. From a Mr. Nice Guy to Mr. Bring-Her-Down and
eventually to Mr. Liar. Ironically, those quiet eyes were devilish, with
unspoken motive. She then realized that she was manipulated, deceived and
‘swindled’ when this man left without any hesitation or signs. This Alice
realized she was not in Wonderland anymore. How can she be attracted to
tuxedo-wearing rabbit that was actually a wolf?
And
only then she knew that she should listen to the advices given to her. Now she
lost in this ‘Monopoly game’, with all her property pawned without even her
realizing. And to start from scratch was no harder than dying. What more can
she say? Those quiet eyes, those diamond-embellished eyes…
How
grateful would she be if she could turn back time.
*my article for SM Teknik Perdagangan school magazine
Aku bersandar ditepi, di dinding,
letih gamaknya berbaring di ruangan tilam petak,
ah, bosan.
Sambil bermain rambut yang cuma panjangnya seperti budak sekolah,
Aku melihat kipas berputar ligat,
persis otak aku yang tak pernah diamkan diri,
ah, bosan.
Sungguh banyak yang berlegar-legar,
hingga aku tidak terkejar,
jangan kan hendak memegang,
bayangnya sahaja tidak dapat,
sedikit pun tidak.
tiga tahun lepas, saya terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan saya terlantar koma untuk lima bulan lamanya, seperti apa yang diberitahu oleh ibu saya. kata ibu, doktor sahkan otak saya mungkin tidak akan berfungsi pada satu masa yang dia sendiri tidak dapat nak pastikan sebab kecederaan pada otak saya sangat teruk. ibu tidak putus-putus harapan untuk saya bangun dari koma dan kembali sihat.
sepanjang di dalam tempoh koma, saya ingat saya berada di suatu tempat yang langsung tidak pernah saya jejaki sebelum ini. tempatnya sangat cantik; bunga-bunga sentiasa berkembang, matahari sentiasa bersinar dengan redup, dan orang-orang di tempat itu pula sangat baik hati. mungkin ianya tidak jauh beza dari Disneyland.
sewaktu kali pertama saya tiba di situ, sepasang budak-budak lelaki memimpin saya masuk ke tempat tersebut. budak-budak itu sangat gembira sambil bernyanyi-nyanyi kecil. saya dibawa ke sebuah rumah yang sangat besar dan berjumpa dengan sepasang lelaki dan perempuan yang saya kira, sepasang suami isteri. mereka mengucapkan selamat datang dan meraikan ketibaan saya dengan mengadakan jamuan yang disertai dengan ramai orang. mereka berpesta, menari-nari dan makan hidangan yang tidak habis-habis disediakan.
setiap hari saya dilayan seperti seorang puteri raja, seorang orang penting di situ. mereka tidak pernah bertanya dari mana saya datang, siapa saya, apa nama saya. mereka hanya mengajak saya ke tempat-tempat yang saya sendiri tidak pernah bayangkan. mereka bawa saya ke sebuah istana yang penuh dengan gula-gula, coklat dan kek, ke sebuah taman yang dipenuhi dengan arnab-arnab putih, mereka bawa saya terbang di udara, menyelam ke dalam lautan dan pelbagai tempat yang kamu sentiasa hayalkan.
sewaktu saya sudah berasa selesa tinggal di tempat itu, tiba-tiba, satu hari satu halilintar yang sangat terang dengan bunyi dentuman yang sangat kuat menyambar di tempat itu. saya yang sedang bermain dengan budak-budak, terpaku. dan tiba-tiba satu suara yang sangat kuat bergema, "Alice, we are not in Wonderland anymore".
dan hebatnya kuasa Tuhan, mata saya yang sekian lama tertutup itu kembali terbuka.
I can't touch, without the sense I can't feel, without the feelings I can't breath, without the air I can't sleep, without the dream I can't dance, without the music I can't sing, without the lyrics I can't walk, without direction I can't draw, without inspiration and I can't live, with I'm missing you.
Sujudku hanya untukmu,
Sembahku hanya padamu,
Elakkan aku terbawa-bawa keindahan dunia,
Tetapkan iman di dalam jiwa,
Tunjukkan jalan lurus dari-Mu untuk ke sana,
Dan aku menyerahkan hati ini dengan penuh keikhlasan,
Jauhi aku daripada mata-mata liar,
Elakkan aku daripada buruk sangka sesama manusia,
Dan perjalanan yang jauh ini, Kau permudahkan lah,
Berikan petunjukmu, Ya Allah,
Supaya aku menjadi hamba yang mengerti baik buruk diri ini.
Sujudku hanya untukmu,
Sembahku hanya padamu,
Elakkan aku terbawa-bawa keindahan dunia,
Tetapkan iman di dalam jiwa,
Tunjukkan jalan lurus dari-Mu untuk ke sana,
Dan aku menyerahkan hati ini dengan penuh keikhlasan,
Jauhi aku daripada mata-mata liar,
Elakkan aku daripada buruk sangka sesama manusia,
Dan perjalanan yang jauh ini, Kau permudahkan lah,
Berikan petunjukmu, Ya Allah,
Supaya aku menjadi hamba yang mengerti baik buruk diri ini.
eh,kalau engaku-engkau semua ini tahu bagaimana gelap dan rapuhnya ditambah pula dengan luka-luka yang masih bernanah dan parut yang tak akan pernah hilang dalam hati ini.tak mungkin kau akan senang-senang "puji" aku sebegitu.
Terketar aku di dalam bilik,
sejuk tanganku seperti ketulan ais halus dari antartika,
degupan hati seperti kuda pantas berlari,
aku tertanya-tanya,
kenapa aku rasa begini,
ah, itu perasaan aku sahaja, bisik aku ke telinga sendiri.
Sampai bila, aku bertanya,
Kau mahu simpan rasa itu, tapi sampai bila,
Mata itu yang aku lihat, aku tenung,
Senyuman itu yang aku amati, hinggakan aku tersenyum sama,
Betul lah kata hati, cinta datang kembali.
Rasa sayang sudah hadir,
Rasa cinta mengekori dari belakang,
aku kini punya alasan kukuh untuk tersenyum sendirian,
Dan, doa harian ku selepas solat akan semakin panjang,
Ya, cinta ini bukan rahsia lagi,
Saya sayang awak.
Petikan gitar kedengaran,
sayup-sayup datangnya dari sebuah bilik,
jauh, di hujung aras 3, pangsapuri Cempaka,
jiran setempat tertanya-tanya,
siapa gerangan pemain gitar akustik itu,
petikannya tidak sempurna seperti pemain gitar profesional,
tapi, sepertinya dapat dirasa apa yang cuba disampaikan,
tidak bergaul dengar orang,
hanya petikan gitarnya yang menjadi ucapan selamat paginya,
jiran terus tertanya-tanya,
pemain gitar terus berasmara dengan gitar akustiknya,
dalam biliknya, dalam dunianya,
dan jangan di ganggu dirinya,
mungkin lagu itu untuk seseorang.
Pergilah ke celah mana pun pasti dapat dilihat migrasi hati yang kononnya sudah lunyai tetap jugak akan merangkak mencari si pendajalnya. Percayalah. Masih sayang itu kononnya alasan yang paling kukuh dibina sedangkan itulah perkara terbangang yang akan diingatinya.
Tiada duka yang abadi didunia Tiada sepi merantaimu selamanya Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu Namun ku percaya hati meyakini Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari Bunga yang mekar akan layu akan mati Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini Harap ampunkan hamba-Mu ini
_____________________ ..yang memiliki hati kita Allah. Tetapkan hati kami atas nama-Mu, Ya Allah.. Apa yang terjadi termaklum di Loh Mahfuz sebelum ia berlaku...
Ketika mata dibuka,
dalam menghitung hari yang berlalu.
udara semakin lembut menampar pipi,
tanpa kusedar matahari semakin hilang,
langit yang cerah semakin mengelap,
Entah, aku seperti khayal.
Langit cerah berubah gelap.
dan kini masanya untuk aku bersama kau,
bercanda tentang apa yang berlaku di saat matahari di atas,
bergelak tawa, tersenyum riang,
aku tunggu waktu ini setiap hari,
waktu dimana hanya ada kita,
aku, kau, bulan, dan bintang.
Di pentas ini aku berdiri,
tanpa aku sedari, yang aku ini pelakon,
dan kau juga pelakon, yang aku upah untuk bersama aku,
membantu aku agar lakonan aku nampak baik,
alam ini pentas yang besar, tempat untuk aku beraksi,
aku ini profesional, aku berlakon tanpa ada skrip yang tersedia,
ini lah sketsa kehidupan aku,
dan sekarang aku sedang memasuki,
plot yang menarik bagi aku,
yang ada aku dan kau sebagai pelakon utama.
aku sendirian dalam keramaian,
aku menangis dalam senyuman,
aku tidak tunjuk, tapi aku tahu,
aku sering perhati, aku sering amati,
pejam mata, berbaring dan bertenang,
tidak difikir, tidak dihirau,
aku beritahu pada diri, sabarlah wahai hati,
hanya satu pintaku, dengarlah wahai hati,
terus kuat bertahan, jangan mengalah,
terus memandang langit biru,
dan ucapkan, "Ya, aku tahu Tuhan masih sayangkan aku."
Burung terbang pulang,
Orang berkerjaya kembali ke rumah,
selesai sudah usaha,
mencari sesuap nasi untuk hari ini,
langit biru bertukar jingga,
angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi,
gelora air tasik semakin rancak,
matahari pergi perlahan-lahan,
sedia bertukar tugas dengan bulan,
ah, senja,
memang waktu yang indah.
Aku beritahu pada kau,
mengapa biarkan dia,
mengapa abaikan dia,
mengapa sakitkan dia,
mengapa lukakan dia,
kau tak guna, dayus,
aku berdiri tegak di depan dia,
bertentang mata aku dan mata kau,
lalu aku ucap sesuatu,
tepat ke wajah kau,
"jangan ganggu dia lagi. Kau, PERGI!"
Lalu aku pusing melihat dia,
sambil pegang bahu dia, aku ucap,
"Jangan risau, saya ada."
realitas yang memungkingkan aku untuk tiba-tiba melahirkan beribu-ribu persoalan aku kira di hujungnya mulai meratah aku sedikit demi sedikit. jujurnya aku tidak lihat apa paksi yang memerlukan aku untuk bertanya itu dan ini. sebabnya, aku sendiri tak pasti dari sudut mana timbulnya tanya-tanya yang makin lama makin kuat apinya membakar sumbu-ingin-tahu aku.
ironinya, aku bukan Rendra. aku bukan Samad. aku bukan Bibsy. tunjal lah aku dengan jutaan buah nama besar kepaknya maka dengan pasti aku gelengkan kepala. memang aku kerdil; 152sm dan 37kg. sungguh-sungguh aku kerdil. tangan yang kecil ini tak mampu menyokong tiang bumi. bahu yang kecil ini tak mampu menampung beratnya sakaratul maut. celaka. lemahnya aku.
aku tak percaya yang perjalanan aku masih jauh. aku langsung tidak pernah menyogok diri sendiri dengan fal-samp-ah yang kononnya 'kalau kau masih belum mencapai umur 20 makanya jalan hidup kau masih jauh'. sial, apa kau tau di R&R negeri mana Malaikat Maut sedang lepak minum kopi panas dan makan mi soto?
dan Jakarta ibarat seorang lelaki yang punya paras yang sangat sempurna. ibarat jatuh cinta pandang pertama.
Jangan terlalu cepat,
kau rasa selesa, tapi ingat lah bukan selamanya,
rasa bongkak penuh dalam hati,
saat kau berada di atas,
di bawah kau pandang sebelah mata,
lebih hina, mungkin ludah kau itu kau anggap ucapan,
Ah, kau teruk,
sombong, berlagak, ego,
bukan selamanya kau di atas,
baru sebentar kau di beri peluang berada di sana,
tahu roda?
dulu kau berada di atas,
sekarang di bawah, baru kau sedar,
ludah kau tadi bahasa yang sama orang di atas kau ucap pada kau sekarang.
Aku tercipta dari kamu,
dari setiap titis air mata itu,
mencipta gumpalan wap air di atmosfera kamu,
melindung mu, menjaga mu,
aku melihat mu dari atas,
dan ya, jika diberi peluang,
aku mahu jadi awan itu,
selamanya.
Aku dengar, setiap hari,
aku lihat, gerak geri,
aku hidu, bau wangi,
aku rasa, bila kau ada di sini,
kau ku hampiri,
tanpa kau sedari, sedikit demi sedikit,
aku mengenali diri kau,
tetapi sayang, ada tembok,
tembok tinggi, halang aku untuk pergi lebih jauh,
tapi sayang, jangan risau,
kali ini peralatan aku lengkap,
tembok setinggi mana pun akan ku daki,
hanya untuk bersama kau,
ya, hanya kau.
Jangan menangis, gadis,
Aku disini, sentiasa ada,
Mengapa menangis sendirian,
Kongsi kesedihan mu,
Aku disini, sentiasa ada,
Luah perasaan sakit itu,
Aku disini, sentiasa ada,
Ah, ini gila,
aku tak nak tengok dia menangis,
tidak lagi,
bulan, tolong aku sekali lagi,
ucap selamat malam aku pada dia,
Terima kasih, bulan.
Tik tok tik tok
bandul itu masih berayunan,
anak mata mengikut setiap ayunan,
perlahan-lahan kelopak menutup kesedaran.
Sinaran menerpa,
Situasi di sekeliling ibarat pernah dialami,
ada pokok, tanah, telefon,
minda masih menyesuaikan keadaan.
Satu bayangan pula menerpa,
Tanganku disentuh halus,
dengan kulit yang mulus,
Keharuman rambutnya jelas terhidu,
Dan sedikit demi sedikit,
Ciumannya sampai kepada ku.
Pejaman terhenti,
jarum pendek ada di nombor 6,
sudah tiba masa untuk sedar,
dan persoalan sama tetap hadir,
Siapakah yang hadir semalam?
Wajahnya,
masih samar-samar.
Detik demi detik,
tanpa aku sedar jarum jam menghampiri angka 12,
ruang legar rumah bergema dengan bunyi jam di dinding,
perbualan kita berlegar di minda,
saat gangang telefon di letak,
kau yang pertama muncul di kotak minda,
sebelum mata ini ku pejam,
aku melihat ke bulan,
yang tersenyum melihat aku di sini,
sambil melemparkan ciuman selamat malam daripada aku,
kepada bulan aku berkata,
"katakan padanya, aku rindukan dia".
Selamat malam, bulan.
Lemah,
aku manusia lemah,
jatuh itu kebiasaan buat aku,
tapi, jatuh kali ini berbeza,
tanpa kehadiran daya graviti,
jatuh kali ini buat aku terapung di udara,
jika ada perkataan lebih indah daripada indah,
begitu lah aku rasa sekarang,
tanpa dipaksa,
aku jatuh.
pulau kecil kebanggaan
aku rindu
pantainya, bayu laut, keriangan
tanpa sesak jalanraya, persaudaraan sini-sana
ketenangannya.
kalau bisa,
ingin aku rasakan kembali
saat aku berjalan sendiri
udara dan ketenangannya menemani
sisir pantainya
yang pernah ketemukan aku dengan si pencinta
selusuri semua pantai kenangan.
pantai itu cinta, kerna cinta itu bisa saja bercanda di pantai ;)
tuhan,
hati kecil ini berbisik,
"apakah warga pulau kecil masih rindukan aku?"
atau,
hanya aku menyisip kenangan dan dewasa bersama senyap warganya?
Ini celaka,
rasa ini memang celaka,
aku pernah rasa,
kau pernah rasa,
mungkin semua orang pernah rasa,
tidak, semua orang pernah rasa,
menyesal adalah rasa yang paling celaka,
aku tak nak merasainya lagi,
TAK NAK!
kita duduk di bawah bumbung bintang
iris bertemu iris
senyum berbalas senyuman
mengulang kembali detik lalu
peristiwa perkenalan dua jiwa
berkias tentang kehidupan
mengimpikan raja dan permaisuri hati
melakar perjalanan yang kabur
tanpa sedar kau dan aku
meletakkan satu perjanjian
walaupun tak terucap sang lidah
tapi terpatri pada sang hati.