October 22, 2010

Bukan susah nak jujur





Bukan susah pun kalau kita nak jujur pada diri sendiri dan juga orang lain.
Kita hanya perlu jadi diri sendiri.
Juz like that je..

Tak perlu nak hipokrit dan berlagak baik di hadapan orang lain dan mengharap yang kita jadi baik di hadapan orang ramai.

Dan yang paling penting, jujur lah bila kita dah suka dan mungkin dah timbul perasaan sayang pada seseorang tu. Jangan lah nak simpan lama-lama. Percayalah, perasaan itu amatlah tidak seronok dan mungkin menyakitkan buat segelintir orang yang mungkin pernah rasa kan itu.

Bila dia dah pergi, tak ada depan mata kita baru kita nak kata,

"Sebenarnya orang sangat sayang kan kamu... betul, sangat-sangat..."

Well, mungkin masa tu semua tu dah tak berguna lagi. Mungkin masa tu dia dah jumpa orang yang lebih jujur dari kamu dan dia dah berjaya mengambil hati orang yang kamu sayang itu.

Atau pun mungkin anda terlambat mengenali dia, kerna ada lagiorang yang lebih awal berlaku jujur dengan dia dan ucapkan perkataan yang kamu nak ucap pada dia..

Jadi sebelum terlambat, pergilah pada dia yang anda sayang, cinta atau apa sahaja dan berlaku jujur lah pada dia. Bukan susah bukan..hanya perlu pergi dihadapan dia dan katakan,

"Hai, Assalammualaikum. Sebenarnya saya dah lama orang dah lama suka kat kamu. Dan orang rasa perasaan suka tu dah menjadi sayang... orang tak nak lah just pendam je perasaan ni kan. So, orang nak kata lah yang orang sebenarnya suka kat kamu bila first time orang nampak kamu senyum..."

Senang kan... Tidak kira lah apa yang berlaku lepas tu..tapi yang pasti kamu dah berlaku jujur dan berani cakap macam tu kan. Tidak rugi apa-apa pun...

Bukan susah nak jujur kan?? =)
www.tips-fb.com

5 comments:

Ermizi Muhamad said...

canteknyaa pic.

Ariff Masrom said...

jumpe kat tumblr

Khuzrin Kamarudin said...

Aduh,....!!

Mellyana Sara said...

ini ke benda yang kamu mesej saya pkl 1 pagi?? hehe! nice abg~ i wish....when u fallen in love again...berlaku jujur ya.

Ariff Masrom said...

hahaha...tgh gedik lah masa tu.hahaha