October 25, 2010

Dulu Lain,Sekarang lain


dulu,
kamu lah yang dihormati,
kamu lah yang ditakuti,
kamu lah yang digeruni,
sebab ilmu kamu tinggi,
sebab kami kecik lagi,
sebab cuma di papan hitam kamu dikenali,

tapi,
itu dulu,
masa kamu kata kami degil,
masa kamu kata kami babel,
masa kamu kata kamilah yang akan failed.

sekarang,
dengan facebook,kamu kami jejaki,
bukan setakat rupa diri,
habis semua kamu selongkari,
bukan apa,cuma mahu tahu macam mana peribadi,
serupa bikinkah dengan ayat yang pada kami kamu beri.

oh tidak
oh tidak
oh tidak

rupanya kamu bukan la seperti malaikat dan pari-pari
rupanya kamu seperti cermin sahaja pada kami
rupanya di laman maya kamu lancang sekali

habis semuanya kamu mahu bagi lumat bertubi-tubi
habis yang dikeluarnya semua caci maki
habis segala-galanya hendak kamu perli

katanya itu mainan psikologi
katanya itu cuma gurau senda-sendi

mungkin kamu semua dah lupa kamu berpelajaran tinggi
mungkin kamu semua dah lupa anak murid kamu semua sedang memerhati
mungkin kamu semua dah lupa tugas kamu tak terhenti setakat loceng berbunyi
mungkin kamu semua dah lupa kamu sepatutnya jadi nabi kepada kami

ini bukan guru,
ini bukan cikgu,
ini bukankah hantu?
nah kami bagi semula kepada kamu.
:)

*tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.rekaan semata-mata :)
www.tips-fb.com