October 03, 2010

Isteri???

kau cakap kau nak jadi isteri?
kau nampak aku diam.aku senyap.mulut aku sepi.
dalam aku punya hati.
sudah ku berdekah-dekah separuh mati.
rasa ingin berguling tak ingat diri.

kau cakap kau nak jadi isteri?
ingat jadi isteri macam main guli?
ayat kau tu semua setakat celah gigi,
buka kamus cari dulu definisi
apa itu maksud ISTERI.

bukan perlekeh,bukan..
bukan persenda,bukan..
bukan tak percaya,bukan..

cuma mahu biar kau faham sikit
apa itu ISTERI.

bangkit bangun selepas tengahari,
masak-memasak?kau?haram sekali,
ada maggi pun kau malas lagi.

diri sendiri kau dah rapi?
boleh nanti rapikan suami?
anak-cucu?ahh itu semua apakan lagi.

solat,agama kau dah cukup tinggi?
tak payah tinggi,sudah cukup kalau yang lima itu kau turuti.
tapi kau hidup pun lepas tengahari
subuh itu sudah pasti kau biar mati.

aurat-maurat dulu cantik kau litupi,
tapi sekarang itu semua kau dah letak tepi,
konon ikut perkembangan masa kini,
jadi isteri,itu semua dosa suami!

apa?
kau cakap kau nak jadi isteri?
kau tunggu nanti aku beli cermin lima kaki.
depan kau aku letak cermin itu berdiri.


p/s: tiada kena mengena dengan siapa-siapa.hanya mainan imaginasi.
www.tips-fb.com

3 comments:

saraa said...

aku na buat entri suami pulak .

Mellyana Sara said...

niceee! saraa~ cepat tau! x sabar.

Zo Ahmad said...

Hahahaha terasa ke??
ni mesti selalu borak pasal kawen ngan bf korang kan??
hahaha :P