October 25, 2010

Kalau..

Kata orang, "kalau" ni satu perkataan yang tak bagus digunakan selalu
kerana ia ibarat sesuatu yang tak pasti dan mungkin sekali tidak mungkin berlaku

Contohnya, "kalaulah aku boleh bina mesin merentas masa, mesti aku akan kembali kepada masa kita bersama dahulu"
kita tau benda tu tak kan jadi tapi tak salah kalau bayangkan dan itu dapat gembira kan kita.

Dan bagi aku pula, jika ingin aku gunakan perkataan kalau itu pastinya tentang kehidupan masa lampau aku yang mungkin aku telah sia-siakan...

"Kalaulah aku belajar rajin-rajin dulu,mesti aku sekarang belajar di tempat yang lebih bagus tanpa sebarang masalah harian seperti yang aku alami sekarang ni..." tapi...itulah.. "kalau" boleh....

Jadi,apa yang patut kita buat sekarang ialah jangan menoleh ke belakang lagi dan terus pandang ke hadapan.mengapa kita ingin memandang ke belakang sedang kan dihadapan kita ada jalan yang lebih jauh untuk kita terokai..seperti aku, banyak lagi benda yang aku belum buat dan aku dah janji dengan diri aku bukan kalau aku boleh buat, tapi aku pasti boleh buat benda tu. Secara tak langsung aku dah motivasikan diri aku ni.

Dan jika aku perlukan motivater yang baik, aku hanya perlu baring di katil, pejamkan mata 5 minit, capai hp dan lantas telefon bonda ku dan berkata, "Mama, abang nak berborak dengan mama boleh...? Abang rindu mama...Sangat....!"

Jadi, Masih mahu berangan atau jadikan kenyataan? Anda tentukan... = )
www.tips-fb.com

2 comments:

Tieah Madian said...

Sy suka gn perkataan kalau..
Hehe..

Ariff Masrom said...

hahaha...jgn guna selalu..hahaha.gurau2... = )