aku mahu esok bila aku bangun
kau ada di sisi mendakap aku erat
elus rambut ku manja kucup dahi ku hangat
aku mahu esok bila aku buka mata
engkau yang pertama menerpa
dengan senyuman menggoda
buat aku jatuh cinta berganda-ganda
hakikatnya ;
kau telah lama pergi
pergi tak kembali
tiada renungan itu lagi
tiada belaian tangan kasarmu lagi
tiada kucupan hangatmu lagi
tiada semua itu
yang ada hanyalah cuma
batu nisan pengubat rindu
moga kau aman bersemadi
~kadang rindu itu menerpa dan sukar dihapus~
No comments:
Post a Comment