October 01, 2010

k a m u s


aku selak satu per satu
aku teliti satu per satu
aku baca satu per satu
abjad C mula semua
haa ... temu jua akhirnya
"cinta - sayang, kasih, perasaan ......."

makudnya ...
tidak sama seperti terasa
tidak dihurai seperti ada
tiada seperti yang kena
mengapa ?

menung ku sebentar
adakah lain apa yang ku rasa
atau hanya mitos semata
aku buntu
kerna cinta yang ada
lebih dari segala
tiada kata yang serupa

www.tips-fb.com

2 comments:

Edy G-Minor said...

artwork mantap !

Amir Farid said...

kau ni. tak habis memuji. kau lagi hebat la edy. aku masih mencari. =p