October 02, 2010

Keluhan

aku dikatakan tidak
pada banyak perkara.
yang banyak itu;
yang kena pada jiwa.

aku dihenyak henyak
untuk panjat menara.
dalam pendakian aku,
aku mencari suka.

bila jayanya aku
mereka kata "hey, itu aku punya angkara"
"hey, aku yang suruh itu ini segala"

bila gagalnya aku,
mereka kata "hey, kau yang tiada usaha"
"hey, kau bingung atau apa?"

mari, sekarang aku pula mahu menyampai kata,
"hey, aku dah faham; yang hebat itu kau, yang tidak itu aku.
puas hati? sekarang, apa? seterusnya, bagaimana?"







ps : tak kemana jugak. kan? ahahaha. kau yang bahalol. www.tips-fb.com

2 comments:

Edy said...

aduh. tajamnya !

Anonymous said...

well,tu lah manusia..bila timbul kesusahan,tak pernah mahu salahkan diri..bila datang kebaikan diri sendiri disanjung..hmm