October 02, 2010

Terkesima

Dan kau buat aku berfikir
sekali lagi aku teringat
segala apa yang kita lalui

kosong
semua yang kosong kini diisi
sedikit demi sedikit dengan kenanganmu

penuhi setiap rongga di kotak mindaku
dengan senyuman dan gelak tawamu
saat kau bersamaku

ketika itu aku bahagia
walaupun sekadar berjalan bersama
aku gembira buat seketika

sekian lama kau membisu
bisu seribu bahasa
apa kau lupa semua yang kita lalui

aku semakin lama semakin lupa
siapa kau pada diriku
terdiam seketika

dan tiba-tiba aku tersedar
kau masih sebuah kisah indah
buat aku tersenyum ketika gundah

dimana mataku pergi
kelibat dirimu yang aku lihat
itu sudah menjadi bukti

kau masih aku sayang
kau masih aku cinta
kau masih yang perdana

kamu tetap yang sama
dan aku mungkin cuba berubah
namun ternyata hanya kau mampu mengubahku

yang aku perlu kini
hanya kamu disisi
agar dapat ku lihat senyuman itu tiap hari

dan kamu masih yang satu
walau aku cuba mencari
ternyata aku tidak mampu
www.tips-fb.com

2 comments:

mellyana sara said...

i wish she will read this post. hee!

Ariff Masrom said...

hahaha