sudah lama aku lihat
sedikit demi sedikit
yang hakiki itu
dia jamah,
dia gigit,
dia telan,
tapi hairannya,
tak mahu pula habisnya,
jelas.
aku lihat dia mengesot keperitan
aku dengar dia merintih perlahan
"aku tidak larat lagi nerakakan diriku ini,aku sudah penat sangat-sangat,aku letih sangat-sangat,"
tapi.
aku cuma mampu gunakan halwa
aku cuma mampu gunakan mata
maaf.
untuk datang mengunyah bersama kebenaran itu,
aku bukan adiwira untukmu.
(tunduk,layu,sayu)
1 comment:
aku bukan adiwira untukmu !
cantik !
cantik!
Post a Comment