September 18, 2010

C.I.N.T.A?

sampai sudah
aku masih tidak faham apa itu cinta
aku masih tidak ngerti apa seerti pada cinta.
dalam kamus puas ditelaah
ensiklopedia khatam sudah diselongkar
maksud sebenar cinta
masih juga tak aku jumpa

Cinta pada yang esa?
sudah sempurnakah aku punya cinta?
pernahkah cukup benar sujudku yang lima?
tangan yang menadah itu cukupkah sifatnya?
pahala yang dikumpul sudah pastikah syurganya?
sedangkan dosa yang ditabung sudah boleh diguna untuk ke neraka?
bagaimana mahu mencinta
dengan cara yang benar?

Cinta pada ibu dan bapa?
yakinkah cinta itu mereka rasa?
mereka cakap "tidak"
itulah yang aku kata "iya"
berabad usia,
berapa kali sudah derhaka?
berapa kali meninggi suara?
berapa kali asyik melawan kata?
oh terlupa,
berapa banyak pula aku punya jasa untuk mereka?
ya nampak seperti tidak terkira,
kerana ianya seperti tiada.
bagaimana aku mahu mencinta mereka
dengan cara yang benar?

Cinta pada rakan dunia?
ramai pasti yang terpinga,
golongan ini perlukah dicinta?
kau kata mereka memang kau sayang kau cinta?
bagaimana?
kalau cinta kenapa masih ada
yang menikam masa rakan tidak sadar?
berkata dusta,carut,nista itu nampak seperti biasa
tanpa difikir apa yang orang rasa.
mengumpat,mengeji,mengata
ahh itu semua tak perlu dikata.
sebab itu semua memang ada.
kalau begitu,
bagaimana aku mahu mencinta mereka
dengan cara yang sebenar?

Cinta pada kekasih sehati sejiwa?
untuk ini punya cerita,
aku membisu mulut,memekak telinga,memejam mata.
kerana aku masih hina untuk mencinta si hawa
kisah yang dibina semuanya hanya untuk duka lara
senyum meleret cuma seketika cuma.
semua kerana
cinta pertama yang masih utama.
untuk melupa,tidak tercukup dihitung masa.
bagaimana aku mahu mencinta si hawa
dengan cara yang sebenar?

Cinta pada diri empunya?
ini memang aku mahu bertanya
bagaimana?bagaimana?dan bagaimana?
semuanya sudah dijalar,
dari selatan ke utara,
ketemu sudahkah identiti sebenar?
atau masih lagi beronar-onar?
sudahkah aku sudah bersedia
berdiri di kaki sendiri menjunjung dunia?
bagaimana aku mahu mencinta diri
dengan cara yang sebenar?

sampai bila otak ini akan terus berpinar
untuk mencari maksud cinta yang sebenar
untuk mengerti setiap abjad dari C.I.N.T dan A
adakah cukup aku punya masa?
adakah perlu ditunggu sehingga tua?
adakah sampai bumi terbelah dua?
atau bulan jatuh ke riba?
adakah perlu sebegitu lama
untuk mengerti apa itu cinta?

apa itu cinta ya.. www.tips-fb.com

6 comments:

Eima Jer said...

LOVE is POISON

kadang-kadang aku rasa tak perlu terlalu mendalam kita mengenal cinta
ia manis tp penuh dengan luka tajam juga


ya
lumrah manusia perlukan cinta
mahu dicinta mahu mencinta
tapi cukup aku rasa sulamkan cinta itu hanya sekadar biasa-biasa sahaja
tetapi ISTIQAMAHkan ia sampai ke pengakhiran hayat kita

IKHLAS itu mungkin mampu dibina
JUJUR itu mungkin mampu didirikan
segala TAKSUB MEGAH segala mungkin dapat dimusnah


ada alasannya kenapa dilaungkan
-BERSEDERHANA dalam Islam-
cuma kita wahai si umat yang masih tak mampu mengaplikasikannya
padahal Tuhan itu maha mengetahui
kemampuan umat manusianya

Zo Ahmad said...

memang.
kadang-kadang rasa memang macam itu juga.
tak perlu nak difaham
sampai dalam-dalam,
tapi pasti ada jugak yang akan cakap belakang,
yang kita tidak series,
tidak pandai menjaga hati,
tidak sayang,
bermacam2 tidak lagi.

ya ikhlas dengan jujur tu
memang sudah lali didengar,
tapi disebabkan kita ni makhluk yang lemah,
perkataan itu cuma penuh di mulut,
di akal?kosong.
pengadaptasian? langsung tiada :)

Eima Jer said...

si pencinta memang suka bermain janji bersahabat dengan harapan yg belum pasti

terus tabur
terus laburkan segala janji dan harapan
padahal itu bukan janji itu bukan harapan tetapi lebih kepada imaginasi dan fantasi tentang masa depan
KAHKAHKAHKAH


kenapa aku ketawa??


kerna aku penah di tempat itu
di situasi bodoh seperti itu


bagi aku
jalan selamat adalah melengkapkan diri untuk menerima cinta yang bakal dihantar dikirim Allah
ya. cinta sempurna


teringat kata-kata seorang idola


kamu sungguh baek
sempurna segala asas agama budi bahasa


jawab beliau lembut:

saya tak sesempurna mana eima
cuma saya cuba MELENGKAPKAN diri seadanya
untuk saya memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga


kamu tak percaya cinta?? kenapa susah kamu mahu jelaskan sesuatu yang aku tak pasti. tentang hubungan hati. ya. aku kurang pasti


jawabnya lembut lagi:


saya tak LAYAK untuk bermain dengan janji mengikat kamu dengan segala harapan
saya masih dalam perjalanan melengkapkan diri
InsyaAllah, ada cinta yang dikirimkan Tuhan untuk kita
dan kisahnya pasti sempurna


aku?
terkedu dan membisu tenang hingga ke hari ini



aku mahu seperti itu juga
dan jiwa aku sedang cuba


kamu juga ya
KITA cuba

Zo Ahmad said...

janji kosong dengan pemain-pemain cinta tu memang dah macam isi dengan kuku.
memang serasi yang amat sejak dulu-dulu.
janganlah cakap "aku bukan macam tu"
semua orang pernah jadi begitu :)

ya aku pun mahu ketawa jugak
fantasi masa depan?
hahaha
kononnya lah kan
imaginasi beranak,bercucu sekian
hahaha
kononya lahkan?

dari imaginasi dengan fantasi
sekarang dah jadi komedi :)
bila diingat sumpah geli hati!
hahahaha

cinta sempurna :)
dua ungkapan yang memang semua orang mahukan :)
tapi dalam beratus billion manusia,
entah berapa ramai yang jumpa kan :)

ya apa yang idola kau cakap itu memang ada betul :)

aku pun sedang cuba :)
tapi bila agaknya akan jumpa itu semua?
sampai tua?

hmmmm

Eima Jer said...

dalam hidup ini ada perkara yang perlu kita fikir secara detail dan ada juga yang tak perlu kita terlalu pikir


contoh terdekat: CINTA


percaya pada ketentuanNya
jadikan usaha melengkapkan diri memikul tanggungjawab itu sebagai USAHA, 5 waktu seharian tak henti BERDOA dan redha dengan segala penceritaan yang telah lalui, dilalui dan bakal dilalui sebagai sebuah TAWAKAL


hidup dengan adanya USAHA, DOA dan TAWAKAL pasti ada habuan dari yang maha Esa.
ia pasti

Zo Ahmad said...

perkataan KADANG-KADANG lebih gemar dipakai bila hendak berfikir tentang perkara macam ini,
KADANG-KADANG perlu difikir sedalam-dalam,
KADANG-KADANG seperti tak perlu difikir sangat.
:)

kalau nak cakap pasal CINTA memang sampai kiamat tak sudah :)
siapalah yang cipta perkataan itu ya :)
barangkali ayat itu wujud selepas pencipta tersebut baru sedar dari mimpi :)

jadi sebab itu CINTA lebih sempurna didalam mimpi
daripada realiti :)


ya ya ya semua itu perlu,
usaha,doa,tawakal.
dan jangan lupa satu lagi.
SABAR

:)