September 25, 2010

.::Rak Buku::.

Aku punya rak buku besar

di dalamnya penuh dengan buku.

Aku suka baca buku
kerana di dalam buku ada jutaan nilai.

Aku tak kisah sendirian
kerana aku ada teman sejati
yang sentiasa ada waktu senang mahupun waktu susah.

Kalau dulu
aku salahkan abang 
asyik-asyik hadiah buku
kalau bukan buku bacaan
mesti buku mewarna
sumpah aku tak suka.

Tapi sekarang
aku rasa mahu peluk abang
sebab dialah 
aku dibentuk rapi
minda aku sarat dengan nilai murni.

so,jangan kecewa kalau aku hadiahkan kamu buku :)

www.tips-fb.com

4 comments:

TNZ said...

aku pun ade banyak buku..
eh magazine tu buku jugak kan??
hehe

Unknown said...

consider as buku juga :)
ada banyak majalah jugak ni.. :D

Edy said...

tolong hadiahkan saya buku.
*mata bersinar-sinar.

HAHAHAHA.

Buku itu berwarna merah.
Saya suka baca buku itu.

*(bacaan ketika tahun 3 sekolah rendah dahulu. Ya, aku ingat kerana aku jatuh cinta pertama kali dengan bahasa. sweet je kan)

Unknown said...

wah..masih ingat..haha..bahasa memang best..best juga untuk digoreng :D

hadiahkan buku?
lihatlah bagaimana..haha