September 30, 2010

Karma Tak Manis Macam Kurma

kau pekik hidup kau macam palat,
habis,
apa boleh buat
kau selalu buat muka kelat
apa boleh buat
kau selalu main kelat
apa boleh buat
kau selalu sembang lebat
apa boleh buat
kau selalu campak tahi yang coklat
habis,
kau telanlah karma itu bulat-bulat
apa kau buat,itulah kau mendapat

:)

:)

:)
www.tips-fb.com

KITA yang purba




aku sedang bangun bersama JIWA.
kerana jiwa aku punya semangat untuk pulih.

Di situ saja HATI.

aku mahu bantu kau mengosong dan bebas dari memori basi milik KITA yang dah menjadi aset purba dunia cinta.
www.tips-fb.com

kompang volume 21

kau tahu kan aku bukan sengaja nak kasi kau berendam air mata atau nak taruk hati kau sekadar belakang kira . cuma kali ini aku dah jelik dengar kau kata ''jangan lampas , kau rusukku '' . aku tak tahu mana bintang merayap malam ini , mana bulan berlegar malam ini . mungkin sebab aku dah pulangkan berlian entah berapa karat itu tadi . sebab berlian itu hanya pada harga bukan hati . kau buanglah songkok tinggi dan aku lupakan angan - angan aku mahu mengintai di celah-celah lubang pintu kayu-si bersampin yang tertunduk sipu .

kita masih belum terlambat . kalau masih cinta yang lama , kau tolong pergilah . aku lebih rela duduk jauh jauh di muka pintu melihat kau duduk dikibas orang bersama si dia - atas kerusi baldu berlagu kompang volume 21 ; daripada setiap malam aku rapat-rapat pandang muka kau tanpa sedar hati kau merayap pada yang lain . sesak .

At night when the stars
Light on my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes your on
The other side
Talking to me too
Oh Am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon
Bruno Mars-talking to the moon . www.tips-fb.com

Puisi Ketiadaan Malam (III)


Apa sahaja helahmu
malam ini, sayang?

Adakah
kamu sekadar
menyusup
di celah- celah
kerusuhan jiwa dan
memerhatikannya runtuh, atau
sekadar meriba cemburu
sambil menghembus
asap ke langit
gelap yang
menggalaukan hati?

Oh.
(Mereka kata cemburu itu permainan wanita).

Jangan lupakan;
aku juga, berkongsi
rasa yang sama.


30 September 2007,
Jurnal Coklat Lusuh.

www.tips-fb.com

a a r g g h h h !


senang
apa nak buat eh ?
berdrama
berpuitis
tak tahu lah
berlari mungkin
hahahahaa ..
kosong sangat
tapi tenang lenang


"teet teeet.." ( mesej masuk )
kelas ganti BEL malam ini
pukul 8.30, bangunan mechenical.


ssuuupppss ..
lenyap semua terus
tekanan menekan
tenangan kucar
arrghhhh..mengapa ? !

langkah disekat
gapai tuala
terus ke bilik kecil
kecewa.

www.tips-fb.com

Mudah.com



Beh, I think u should find someone better than me
I dah tak sanggup terus tipu you
you terlalu baek untuk I
I jahat
You deserved someone better than me
lagipon KITA takde masa depan
baek you sakit sekarang dari sakit ke depan
Maaf


Tipu??Kenapa Tipu??


I jahat kat sini
I dah tak sanggup tipu you lagi beh



Maksud kamu, kamu ada orang lain kat sana??
Takpe, jujurkan saja
saya tak marah


A'ah
Lebih kurang macam tu lah
I dah tak sanggup tipu you lagi
you patut cari someone yang terbaek untuk you
bukan lelaki macam I



Oh.
Takpelah macam tu
Tak plak saya terpikir kamu akan ada orang lain lagi
Tapi ada lagi
takpe, saya tak marah
saya redha


I really sorry you



Its okey
Semoga kamu bahagia



kisah cinta aku berakhir di sini
di skrin handphone nokia cap ayam
ya
di situ
.........................................................................................................................................................................


mudah
sangat mudah
manusia zaman facebook zaman twitter
memang gemarkan segala perkara mudah
mudah dan mudah
sama seperti mencari housemates di mudah.com



mudah hati dibeli
mudah cinta dibina
mudah juga hati dipatah
jiwa dijahanam



kau bangsa hebat
si pengluka penuh kata manis
muka kesian


kali ini
aku nekad
kau aku lepas sebetul-betulnya lepas
semoga bahagia




Penulis tak punya air mata lagi
hati terlalu jahanam
untuk kisah cinta 5 tahun
yang tak pernah henti menusuk hati dengan segala kelukaan


pergi AJIE
kali ini aku redha dengan sebetul-betulnya


Terima kasih Tuhan


www.tips-fb.com

Adakah itu mimpi?

Indahnya malam itu...
Kau dan aku mengira bintang...
Seolah sang bintang juga...
Berkelip tanda suka...
Berkedip tanda gembira...

Indahnya malam itu...
Kau dan aku dihembus bayu...
Menerpa muka penuh manja...
Membelai indah cinta kita...
Gemersik halus irama cerita...

Cerita indah itu...
Berlangsung tak lama...
Bila tiba-tiba...
Kau mencabut warna merah hati...
Kau toreh penuh sarakah gila...
Kau suka tengok aku derita...

Tersentak aku dari lena...
Peluh kusam membanjir badan...
Rupanya itu semua mimpi..
Sebuah mimpi yang sangat ngeri...

Tapi kalau mimpi...
Kenapa aku menangis sekali?

---Cerita lama takkan terpadam dalam hidup aku... fuh! nasib baik tak mimpi "wet"... huahahahahaa----
www.tips-fb.com

September 29, 2010

Ku Suarakan Lantang

bila aku mahu bersuara
kau kata " hei,jangan! "
kau bilang "hei,diamlah!"
macam aku ini kecil yang baru tahu bercakap

bila aku mula diam
ada suara sumbang cuba menunjuk ramah
"kau sakit ke?"
"kau tak sihat ke?"

kenapa bila aku ingin kata apa aku rasa
kau halang kau tegah
kenapa tak biar aku kata apa aku mahu
kenapa harus aku diam saat aku punya banyak perkara
ingin aku suarakan

sekarang bila aku mulai diam
sepi tanpa suara
kau tanya kenapa
kau risik sebabnya

kalau kau takut dihina dimaki
jangan tonjol diri
selimut tubuhmu agar aku tidak tahu
kamu itu wujud

atau lebih baik

jangan pernah tunjuk bayangmu 
sebab aku rasa ingin muntah
walau hanya menghidu bau tubuhmu

pergi sana dan jangan muncul lagi
aku benci!

kalau aku diam maknanya aku benci
jadi  jangan dekat aku lagi
faham?

www.tips-fb.com

b e l i u n g


berpusing
berpinar
gigil melampau
ahh nyah kau !
paksa ku
sembunyi
selubung
menjangkau sekian
bukan kau ada apa
kudrat ku lagi ada
akan ku juang
ke habis nya.

www.tips-fb.com

let us scream n shout!!!!

ideologi song sang dunia masa kini
tutup mata, pekakkan hati,
bual nak gebang tp engkau masih disini.
resah menanti,
takut nak pergi.
jgn marah.......
sindiran sinis, cetusan rasa hati.

legasi minda optik
catatan masa spastik
hubungan cinta tragik
derai tawa plastik
hetrohomophobik......

ubah diri
kenali hati budi
cakap untuk diri sendiri!!!!
engkau masih begini.
mane nak pergi??
tanya hati.
ikut kesana, jangan kemari
teruskan berlari
destinasi menanti.......


---OUT---



www.tips-fb.com

tiada sekotak lighter .

nanti malam aku ceroboh kamar kau .
tiada belati , tiada lighter .
cuma mahu ,
angkut kau keluar ,
turun meniti tangga usang bersama-sama .
bersama sekotak susu berluput pagi tadi ,
kita sama-sama hidup berdua .

dan hujan di skala lebat paling hebat ,
aku larikan kau .

semua sebab aku cinta . www.tips-fb.com

kadangkala

kadangkala
aku perlukan teman untuk bicara
tapi tak ada siapa yang mahu mendengarnya
kadangkala
aku inginkan teman untuk bersembang
tapi tak ada siapa yang datang

kadangkala
hidupku sendirian
tak ada sahabat tak ada teman
tapi dari situ aku belajar erti ketenangan www.tips-fb.com

Hampa

kalau esok aku sudah tiada
pasti kalian mula memikirkan
setiap inci yang kalian telah lakukan pada aku
perit jerih segala kesusahan dan kepahitan
yang berlaku atas khilaf kalian sendiri
dan saat itu segalanya sudah terlambat
aku pergi dan takkan pernah kembali


aku bukan malaikat
jangan mengharapkan aku sesempurna itu
kalian sendiri bermula dari bawah bukan?
aku kecewa.sungguh aku kecewa.
www.tips-fb.com

Terserah Kau Mahu Bagaimana.

aku dah muntah semua,
ayat power, stanza bunga,
lisan tulus. malah ekspresi bersungguh.

kemudian kau minta masa. aku berikan.

tapi satu amaranku ;

perasaan yang sudah pecah,
kalau dibiar lama tak berkatup,
boleh basi. boleh mati. www.tips-fb.com

Cerita Kereta...

Aku pandu Kancil biasa..
Menyusur sederhana...
Tanpa prejudis hati ku ria...


Ferrari merah memotong bangga...
Laju pecut macam kuda...
Terkebil aku asap di muka...


Tiba di depan berlaku sesak...
Lampu bermata tiga mengawal asak...
Ribuan kereta mula berteriak...
Ferrari itu sama terperangkap...
Tak boleh lari dijalan berturap...
Sebarislah kau dengan aku Kancil berkurap...


Lalu pula Perdana Malaysia...
Dalamnya ada menteri kita...
Diapit polis penuh bangga...
Polis itu suruh semua beri laluan untuk dia...
Dalam sesak semua ikut terpaksa...


Kami masih terperangkap...
Ferrari dan Kancil tiada beza...


---politik memang berkuasa... yang biasa atau yang kaya tetap sama dlm negara--- www.tips-fb.com

Q u o t e 4


jalan pergi
toleh depan mu
tentu takdir
agar sesal tiada
tinggal aku
terpelosok sepi
dan terus mati
tiada kesan
tiada bukti
tiada sisi
hanya sendiri.
www.tips-fb.com

Debu-debu Dadah



dunia tanpa suara tetapi penuh kata-kata hikmat pujangga jiwa ini
sudah sebati seperti debu-debu dadah yang disedut dihidu oleh hati miliknya aku
tenang
manis
tusukan yang rasanya hingga ke jiwa
ya
amat manis



5 hari aku tinggalkan dunia ini
untuk urusan konvo
ah
rindu teramat!




www.tips-fb.com

anekdot.

dia ini
kalau melontar kata
tak ingat dunia

selagi ada kata melintas
sebanyak itu dia tulis

pendapatnya, akalan tak pernah kontang
murah rezeki di otak, lagaknya

jiwa yang resah perlu diekspreskan
hati bergelora harus dikongsi
tidak dapat tidak
segala rasa mesti orang boleh baca

dia ini
kalau melontar kata
takkan mual
takkan muak

oh dia ini badut
menulis untuk penggemar anekdot kosong.





_ www.tips-fb.com

September 28, 2010

Khatimah Cinta


aku ini bukan gadis jiwa
bukan gadis yang tahu mencurah
apa aku rasa apa aku mahu
yang aku tahu
mengiakan saja apa mahumu
turuti segala kehendakmu
dengan harapan kamu sedar
yang aku benar menyayangimu

namun aku silap
kamu laki-laki yang mahu dibelai
dengan kata manja penuh rasa
mahu dibelai dengan madah sayang
pengusik jiwa

maaf sayang
aku bukan gadis itu
aku bukan seperti itu
andai kamu mampu fahami aku
semoga kamu mengerti

aku tidak mahu di hujung waktu
saatnya kamu mula menyedari
rasa sesal mula menjentik hati

maafkan aku sayang
terima aku apa adanya aku

www.tips-fb.com

The Oldies

Hapak, lusuh dan berhabuk...
Dalam bilik suram dia terduduk

Diam.

Sepi pemuzik tua dengan kemeja coklat kusam, dan lapuk. Sepi dia berteleku sendiri menonton kisah hiba.. Hiba dia melihat orang-orang berpesta.. Hiba dia melihat orang-orang mengagung puisi sampah... Sayu dia mengenang lagu indah hanya hanya untuk raja.. Sugul dia melihat lagu seni hanya untuk acara pertabalan orang-orang besar yang entah apa-apa.

Dalam diam hati bicara..,

"Bolehkah aku ini jadi seperti mereka...,
mengagung lagu pop berjiwa-jiwa?"
Atau, "mampukah aku setidaknya tersenyum melihat orang-orang kita mengalun lagu-lagu pop mereka?"

Dalam diam dia mengukir senyum sendiri...
"mungkin aku ini sudah terlalu-lama dimamah usia, hingga tidak lagi mampu mengikut kamu-kamu itu...."

"ya, aku ini yang sedikit lapuk mungkin." 

(KARYA KAROK DATANG LAGI :D)
www.tips-fb.com

harapan terkubur

pagi petang
siang malam
hujan bertabur
satu harapan di semat
agar pelangi dapat di lihat
bagaimana harapan ini bakal menjadi pasti
bila hujan berhenti di malam hari
pelangi tak ku temui
harapan kian mati www.tips-fb.com

Selamat Tinggal



kalau esok tiada lagi buat kita
aku mahu kamu tahu
yang kamu selalu dihatiku
aku yang tidak tahu menjaga hati
sudah lelah untuk terus pegun di sisi kamu
aku sudah tidak tahu bagaimana caranya
untuk buat kamu tersenyum gembira
untuk buat kamu tertawa riang
mungkin aku bukan yang terbaik
yang tercipta untuk kamu
biarkanlah aku pergi andai itu
yang lebih membahagiakan kamu


selamat tinggal cinta....



aku cuba untuk tidak menangis pilu
aku cuba meski aku tahu
aku tidak sekuat itu
www.tips-fb.com

.::Hidup::.

Kalau dulu
aku fikir
semua perkara mudah saja
mahu itu aku dapat
tunjuk saja guna jari
pasti tangan akan dipenuhi.


Kalau dulu
aku rasa
hidup itu mudah
tak banyak rumitnya.


Bila dewasa
aku sedar
tak semua perkara mudah
kalau hendakkan sesuatu
harus ada usaha
kalau mahu tangan dipenuhi
jari harus dikorbankan.


Hidup memang mudah
bagi yang tak mahu melangkah
hidup memang mudah
bagi yang tak mahu beranjak
hidup memang mudah
bagi yang hanya tahu menongkat dagu. www.tips-fb.com

p e t i k a n


eh ?

sedap
nyaring
merdu bisiknya

tanpa,
konsonan kata

hanya,
tarian muzik

tersusun atur
bersama masuk
otak terbuka seketika
digelimpangi indah
wah ! nyaman.


www.tips-fb.com

hurt much?

hey, thank you!
thank you for not noticing me.
seriously,
I, THANK, YOU.

it does not hurt, at all.
nope, it does not.

you are just another gooooooood friend of mine,
that turn to the other side as fast as I catch a breath.

and when i approached,
you behave like we could be the way we were.

but hey dear, we are not even near.
you, not noticing me standing right there,
just few steps away,
kills me. www.tips-fb.com

Pintu Berhantu.

aku
buka satu pintu,
tiada berkunci
tiada bermangga
diselak pintunya

kuintai isinya
si mata berkata
sunyi di dalamnya
sepi di dalamnya
gelap di dalamnya

apa yang ada
cuma cebisan yang tak tahu apa asalnya
bah air yang tak tahu di mana puncanya
ribuan bunga yang tak tahu kenapa luruhnya


ku kutip cebisan itu
ku cantum
hati bentuknya
"oh ini rupanya"
lalu berderai semula

ku ikut arus airnya
ku rasa setitis
masin rasanya
"oh air mata rupanya"
lalu kubiarkan ia mengalir ke muara

ku sapu pula bunganya
aku jumpa pokoknya
aku lihat
seorang gadis
menggoncang-goncangkan dahannya
"oh orang itu puncanya ya"
lalu dia berlalu
pergi begitu sahaja

dicantum
tak juga melekat
dicedok
tak pula ia kering
disapu
tak juga habisnya

hampa,
aku keluar
biarkan pintu
tak berkunci
moga ada
datang
melahukan masa
didalamnya
www.tips-fb.com

Aku Bukan Pendeta Bahasa...

Aku bukan pendeta bahasa... 
Sekali bicara terbait puisi pujangga...
Buat pendengar jatuh cinta...

Aku bukan pendeta bahasa...
Sekali berkhutbah madah tercipta...
Buat pengikut angguk kepala...

Aku bukan pendeta bahasa...
Sekali bersuara sejuring pelangi tercipta...
Buat pengamat mata terpesona...

Aku bukan pendeta bahasa...
Sekali berkata pidato ulasnya...
Buat pencerna halwa telinga...

Aku hanya insan biasa...
Hanya mencoret sedikit tinta...
Anugerah Kalam untuk semua.....

----aku dah cakap aku xpandai bermadah-----
www.tips-fb.com

September 27, 2010

N0. 3 - untuk kamu. dan kretek itu.

seperti ada yang tersangkut di tenggorokan. jadi aku tuliskan. untuk setiap detik yang pernah kita lalui. indah, sakit atau semuanya. aku cherished setiap satunya. dan tak akan pernah terlupakan.

waktu dulu aku tidak perlu cari bintang untuk sinarnya. kerana ada dua di mata kamu. aku tidak perlu cari bulan untuk cahayanya. kerana ada pada wajah kamu. aku tidak perlu cari siang untuk terangnya. kerana sentiasa bersama kamu. dan tidak pernah perlukan malam untuk gelapnya, kerana kamu tidak pernah menggelapkan aku. seharusnya kau tau betapa kau itu tidak tersaingi. betapa kamu itu istimewa. lain daripada yang seadanya. betapa hebat nya kamu bisa buat aku jatuh cinta. dan terus menggarapkan kamu walau aku tau kini aku tak bisa. 

kenapa perlu kau pergi saat aku butuh kamu sebutuh - butuhnya? apa tidak cukup kasih sayang aku, hingga kau cari ratu baru? dan bila aku sudah berdiri kembali dari kejatuhan, kenapa perlu kau pulang sini, saat aku benci kamu sebenci - bencinya?

maaf aku bukan pencinta yang tau mengungkapkan. cuma satu hari nanti kamu akan sedar betapa aku pencinta yang paling setia.
www.tips-fb.com

Lelaki Yang Baik

lelaki yang baik
takkan ambil sesuatu
yang bukan haknya

lelaki yang baik
takkan sentuh sesuatu
yang bukan miliknya

lelaki yang baik
akan melindungi sesuatu
yang disayang

lelaki yang baik
akan menghargai sesuatu
yang bermakna baginya

lelaki yang baik
itu sukar dicari
lelaki yang baik
itu sukar ditemui
lelaki yang baik
itu sukar dimiliki

lelaki yang baik
tau menjaga diri
lelaki yang baik
tau menjaga hati
lelaki yang baik
tau menjaga sanubari

adakah kamu lelaki yang baik
yang aku cari? www.tips-fb.com

.::Yang Terindah::.

Malam
ditemani petikan gitarmu
merdu.


Aku mahu pinta sesuatu
aku mahu lagu "Yang Terindah"
kau petik gitar
aku nyanyikan untuk kau.


Sejak bila aku suka muzik ye?
sudah lupa :)
www.tips-fb.com

dalam memori aku ada kau (dulu dan sekarang)

1
diamkan saja
biar kau dan aku dalam senyap
mana tahu senyap kali ini indah.

2
mengimbas kenangan dulu,
haha
tergelak cara aku..
dekati kau,
ya kau..cinta :)

3
naifnya aku
angaunya aku
silapnya aku
aku belajar..
yang cinta itu..
berat.

4
dan kamu si malang,
bertemu aku
yang gagal
untuk jadi
seperti kamu impi
setiap hari
seperti mimpi mimpimu.

5
aku,
gagalis ini
cuba bangun
dalam sendu
untuk kamu.

6
sudahlah.
aku penat.
untuk kejar kau.
sedangkan kau tak pernah bergerak walau sedikit pun. www.tips-fb.com

Moksha

Tenang pagi dibias cahaya kejam
kelongsong peluru menjunam
jihad adam diuji ke jurang paling dalam
tangis sikecil dialun irama kejam

terbit mentari bermaksud satu hari lagi
berjuang menanti mati
berlari memburu kasih insani
SIAPA PENYELAMAT KAMI DISINI???


Di sudut lain...



Adam bermain dengan tongkat
gadis sendat buat kau ligat
cinta bersulam kasih maksiat
terbuka kalam tinta sirah maksiat...



www.tips-fb.com